Penubuhan sekolah bukan semata-mata kerana pertambahan penduduk setempat tetapi ianya kerana ingin mengulangi kegemilangan sejarah kompleks Ngah Ibrahim suatu ketika dulu.
Pada 3 Januari 1983, Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang ditubuhkan. Pada peringkat permulaan 7 kelas pelajar peralihan ditempatkan di SMK Seri Kota dan 2 kelas tingkatan 1 di SMK DR. Burhanuddin Taiping.
Pada 25 Julai 1983, seramai 321 orang pelajar dan 13 orang guru berpindah ke SMK Simpang.
Dalam tempoh 15 tahun, bilangan pelajar meningkat sebanyak 7 kali ganda di mana pada 2001, bilangan pelajar telah bertambah menjadi 2407 orang dan 125 tenaga pengajar.
Ahad, 10 Ogos 2008
Langgan:
Ulasan (Atom)